2011 GD.com Sdn Bhd. Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label Usahawan Jaya Wanita. Show all posts
Showing posts with label Usahawan Jaya Wanita. Show all posts

Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin


SEPANJANG 14 tahun menerajui sistem franchis makanan segera hot dog yang satu-satunya milik bumiputera, pada dasarnya tidak berlalu dengan sebegitu mudah. Tetapi bagi pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nineteen One atau lebih dikenali Hotdog 1901, Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin, 43, dengan berbekalkan prinsip tidak takut gagal dan semangat yang cekal sahaja mampu membuatkan syarikat itu berdiri teguh sehingga ke hari ini.

''Langit tidak selalu cerah dan begitu juga dengan 1901 di mana turut berhadapan dengan risiko naik turun di dalam perniagaan,'' katanya ketika ditemui di kiosk 1901 di Sunway Giza, Kota Damansara baru-baru ini.

Tengku Rozidar juga memberitahu dia tidak malu untuk menceritakan bahawa pernah melalui pengalaman menggadaikan barang kemas dan kereta mewah hanya untuk melangsaikan segala hutang demi perniagaan.
Tetapi itu semua bukan pematah semangat sebaliknya menjadi pendorong untuk meletakkan 1901 pada kedudukan yang sepatutnya seperti hari ini.

''Pelanggan hanya tahu 1901 terus ada supaya mereka dapat terus menikmati hot dog yang disediakan dalam pelbagai resipi enak, berkhasiat, bersih dan dengan harga yang berpatutan,'' katanya.

Jelas Tengku Rozidar, semangatnya memang tidak boleh pudar semata-mata kerana tidak sanggup berhadapan dengan masalah yang melanda.

''Situasi itu berulang lagi pada tahun lalu sehingga menyebabkan cawangan 1901 di Singapura dan Indonesia terpaksa ditutup,'' katanya.

Katanya, membuka cawangan di luar negara memang berisiko tinggi tetapi masalah yang dihadapi masih terkawal.

''Sukar sebenarnya untuk mengendalikan cawangan di luar negara kerana dalam masa yang saya harus memantau semua cawangan di sini,'' katanya.

Lebih memeritkan lagi kata Tengku Rozidar, dia juga terpaksa memberhentikan sejumlah pekerja supaya dapat menguncupkan perbelanjaan kewangan. Antara puncanya kerana pada ketika itu dia berdepan dengan masalah pekerja yang tidak jujur terutamanya yang melibatkan hal kewangan. Tetapi Tengku Rozidar tetap percaya bahawa setiap masalah itu tetap ada jalan keluarnya.

''Saya juga tidak suka mengaku kalah, apa yang penting memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikannya secara tenang,'' katanya.

Katanya, setelah semua cawangan luar negara ditutup maka dia mula menumpukan sepenuh pemerhatian ke atas semua cawangan di dalam negara supaya berjalan dengan lancar dan sempurna. Tengku Rozidar mengakui ketika bekerja dia memang seorang yang amat tegas.

''Saya akui ada kalanya garang tetapi sikap itu memang bertempat supaya segala arahan yang diberikan kepada kakitangan berjalan dengan baik. Sebarang keputusan biasanya dikaji secara terperinci dan kerana itu biasanya tidak akan ditarik balik,'' tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, ketegasan ini membuatkan dirinya akhirnya telah berjaya memulihkan semula kedudukan 1901 yang hampir goyah dalam jangka masa hampir setahun. Memang perit katanya, tetapi demi memikirkan nasib franchisor terletak di tangannya, maka Tengku Rozidar meletakkan kepentingan syarikat di tempat teratas berbanding dengan soal peribadi.

''Apa yang penting saya mahukan 1901 terus memberikan perkhidmatan makanan segera yang berkhasiat lagi halal untuk rakyat di negara ini,'' katanya.

Menurut beliau, perniagaan dalam bidang makanan ini sebenarnya rumit bukan sahaja perlu menitikberatkan dari segi kebersihan malah sehingga kepada layanan kepada pelanggan. Atas sebab itu, dia sentiasa menasihatkan franchisornya supaya jangan membiarkan 1901 hanya diuruskan oleh pekerja sahaja. Tengku Rozidar memberitahu, franchisor tidak boleh lepas tangan sebaliknya perlu berkerja kuat setelah sanggup melabur wang dalam jumlah yang besar.

''Sepatutnya franchisor itu yang perlu berada di kiosknya sendiri sepanjang masa dan cuba untuk memasarkan sendiri demi untuk memastikan produk yang dijual itu mampu mengaut keuntungan,'' katanya.

Namun kata Tengku Rozidar, bagi memastikan semua franchisor di bawahnya berjaya maka dia dari semasa ke semasa akan bertemu dengan mereka. Bagaimanapun katanya, dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada semua frachisor 1901 ini dalam satu-satu masa. Beliau akui agak sedih apabila ada franchisor yang terpaksa menutup perniagaan begitu sahaja sehingga menyebabkan semua duit yang dilaburkan dari hasil titik peluh semasa bekerja hilang begitu sahaja. Sehubungan itu, katanya kejayaan 1901 memerlukan sokongan semua pihak bagi memastikan franchise milik anak Melayu ini mampu bersaing pada bila-bila masa pun.

Sumber:
www.utusan.com.my


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anita Bin Ali


LAKSA Shack bukan satu jenama asing dalam industri peruncitan makanan dan minuman tempatan. Walaupun berdepan kehadiran rangkaian restoran antarabangsa terkenal, Laksa Shack mempunyai keistimewaan tersendiri, khususnya dalam memenuhi cita rasa pelanggan berpendapatan sederhana. Rangkaian restoran Laksa Shack yang dimiliki oleh syarikat Bumiputera, Sierra Circle Sdn Bhd, telah melancarkan cawangan pertamanya di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya pada 2003.
 
Bermula dari situ, Laksa Shack mula berkembang di lokasi tumpuan, khususnya pusat beli belah utama di sekitar Lembah Klang termasuk Suria KLCC dan kemudian mengembangkan cawangan di hampir ke seluruh Semenanjung. Sehingga kini, Sierra Circle yang diterajui pengasas merangkap Pengarah Urusannya, Anita Ali, telah membuka kira-kira 30 restoran Laksa Shack termasuk 10 cawangan yang beroperasi secara francais.

Anita berkata, Laksa Shack kini bersedia memperluaskan perkhidmatannya dalam industri makanan dan minuman di dalam dan luar negara menerusi program francais yang mula diperkenalkannya tahun lalu. 
Katanya, ini termasuk membuka cawangan baru Laksa Shack di unit rumah kedai dan bangunan kerajaan yang mana sebelum ini syarikat lebih menumpukan di pusat beli belah. 

“Ini antara strategi Laksa Shack dalam mencapai matlamat menjadi antara peneraju dalam pasaran halal, khususnya perkhidmatan dan penyediaan makanan tradisional yang cepat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di Subang Jaya, baru-baru ini.

Beliau menambah, syarikat merancang membuka antara lapan hingga 10 cawangan baru francais sepanjang tahun ini yang akan ditumpukan di luar kawasan Lembah Klang, khususnya Ipoh, Kuantan dan Johor. Katanya, bakal francaisi perlu menjalani sesi temuramah dan ujian sebelum melayakkannya menjalani siri latihan yang merangkumi dari aspek pengurusan, perkhidmatan pelanggan dan jualan berdasarkan manual latihan disediakan.

“Kami mempelawa bakal usahawan Bumiputera yang layak untuk menyertai program francais Laksa Shack yang menyediakan pakej pelaburan lengkap dari RM200,000 hingga RM500,000,” katanya sambil menambah pakej itu termasuk yuran francais sebanyak RM50,000.

Anita berkata, pihaknya hanya mengenakan bayaran royalti sebanyak tiga peratus dan 2.5 peratus bagi pengiklanan dan promosi, masing-masing daripada jualan kasar bulanan. Katanya, sebuah restoran Laksa Shack memerlukan antara enam hingga 15 kakitangan yang bergantung kepada keluasan kedai, kebiasaannya dari 200 kaki persegi hingga 1,300 kaki persegi.

“Syarikat juga akan memperkenalkan perniagaan konsep kiosk yang boleh ditempatkan di bangunan kerajaan, hospital dan bangunan korporat sebelum akhir tahun ini dalam usaha mempertingkatkan saluran pengedarannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sierra Circle merancang melabur kira-kira RM5 juta bagi membuka lima lagi cawangan Laksa Shack, terutama di Pantai Timur, Johor dan Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan cawangan miliknya kepada 35 cawangan. Katanya, syarikat juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat di Indonesia, Singapura dan Brunei bagi melantik pemegang francais induk di negara berkenaan yang dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.

Bagi memastikan Laksa Shack sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi makanan dan resipi, Anita berkata syarikat turut melabur dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) dari aspek peningkatan produk, pembangunan produk baru dan menaik taraf sistem operasi. Katanya, ketika ini Laksa Shack menyediakan lapan jenis menu laksa merangkumi laksa kari, laksa lemak Singapura, laksa Johor, asam laksa selain set nasi beriyani serta masakan Asia yang lain.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, syarikat juga melabur kira-kira RM15 juta bagi membina kilang pengeluaran baru di U5, Shah Alam bagi menggantikan kilang di Kelana Jaya dan ia dijangkakan mula beroperasi pertengahan tahun ini. Syarikat juga mensasarkan pertumbuhan jualan 10 peratus tahun ini daripada RM20 juta tahun lalu menerusi rancangan pengembangan program francais dan pembukaan cawangan baru, katanya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Norlia Binti Yusof

PENGALAMAN demi pengalaman yang ditimba semasa berada di Australia lebih 20 tahun tidak dibiarkan tenggelam begitu saja. Dengan kerjasama beberapa rakan, mereka bergabung untuk menjadi pembekal daging halal untuk dihantar ke tanah air. Ini menyebabkan Norlia Yusof perlu mempelajari kaedah memotong daging selain pemasaran memandangkan kemahiran tersebut merupakan kriteria yang diperlukan di sana.

"Setelah lama berulang-alik dari Australia ke Malaysia, akhirnya saya memutuskan untuk kembali ke tanah air," katanya semasa ditemui di premisnya Hajjah Aminah Food Industries Sdn. Bhd. di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sekembali ke tanah air Norlia membuka kilang di Shah Alam, Selangor bagi membekalkan daging lembu halal. Ketika itu, pelanggan utamanya terdiri daripada beberapa syarikat penerbangan dan restoran makanan Barat yang terkenal di negara ini. Jumlah jualan bulanan kilang berkenaan pernah mencapai sehingga RM1 juta sebulan menjadikannya syarikatnya pembekal utama daging segar ke negara ini. Bagaimana selepas rakan kongsi berpecah, Norlia kembali ke Australia tetapi tidak lama kemudian kembali semula ke tanah air.

Pelbagai cabaran yang dihadapi, perniagaannya bagaikan fenomena air laut yang mempunyai pasang surut sehingga entah mana silapnya sehingga kilangnya di Shah Alam beralih tangan. Bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Norlia untuk bangkit semula. Berbekal pengalaman memasak, Norlia membuka restoran makanan Barat di Puchong   Perdana sebagai mengubat hati. Bagaimanapun sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan sebelumnya mendorongnya berusaha mendapat pesanan daripada chef-chef hotel terkemuka. Memikirkan permintaan daripada bekas pelanggan, Norlia sedaya-upaya memenuhi segala tempahan sebaik-baiknya.Bagaimanapun keceriaannya yang ada tidak kekal lama apabila tuan punya kedai mahukan semula kedai tersebut.

Tidak pernah kenal erti putus asa, terkini Norlia membeli dua unit kedai di Pusat Perniagaan Oakland, Seremban bagi membangunkan perniagaan berasaskan masakan Barat. Nasib menyebelahinya apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melawat ke premisnya. Ketika itu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menggalakkan Norlia meningkatkan lagi pengeluaran. Mendapat permintaan daripada pelbagai restoran Barat terkemuka dan chef luar negara, Norlia tidak dapat memenuhi semua permintaan. Atas bantuan dan khidmat nasihat bagi mendapatkan spesifikasi kilang yang mempunyai Amalan Pengilangan Baik, Halal serta Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

"Di (premis) sini, saya mengeluarkan produk makanan baru Protess yang menggunakan campuran ubi kentang lecek dan pelbagai jenis inti," katanya.

Buat masa ini Norlia memberikan penekanan kepada lima jenis produk sementara Protess pula terdapat 19 jenis inti. Bagaimanapun kaedah pembuatan yang remeh menyebabkan Norlia tidak dapat memenuhi semua permintaan pelanggan. Bersama-sama 20 orang pekerja, Hajjah Aminah Food Industries telah menjadi anak angkat MARDI bagi tujuan membangunkan produk. Sehingga kini dia masih belum mempunyai mesin yang sesuai bagi menghasilkan protess hanya mampu menghasilkan sehingga 1,000 keping Protess sehari. Protess yang mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelanggan tetap.

"Saya amat berharap produk makanan Barat terutamanya protess bakal mendapat sambutan bukan hanya di negara ini tetapi juga di peringkat global," katanya.

Sumber:




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siti Noraini Binti Markom

KETIKA pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) sibuk membuat kuih dan kerepek bagi memenuhi permintaan menjelang perayaan, lain pula dengan Siti Noraini Markom, 50. Dia yang dikunjungi rombongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di premisnya di Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor, bersama-sama suaminya, Mohd. Noor Sukimi sibuk memunggah produk IKS keluaran syarikat mereka untuk dihantar ke Australia. Mengapa sampai ke Australia? Kenapa tidak di pasaran tempatan?

“Sekarang banyak sangat usahawan IKS yang membuat kerepek dan pasaran di sini tidak terlalu besar. Jadi apa salahnya saya mencuba rezeki di Australia. Saya merancang untuk memasarkan produk saya ke Filipina selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Bekas kerani pejabat swasta di pekan Banting itu memulakan usahanya dengan menjual biskut bangkit kelapa resipi arwah ibunya.

“Sememangnya kuih bangkit buatan ibu memang sedap sehingga saya mengambil keputusan membuat dan menjualnya semasa musim perayaan,” katanya.

Ketika itu, dia membeli ketuhar bagi menghasilkan biskut bangkit kelapa sebelum membeli dapur gas yang kecil. Bagaimanapun Siti Noraini terfikir sampai bila dia akan berniaga secara bermusim. Justeru, dia mula menjual kuih bangkit kelapa dan menjualnya dengan berbasikal sekitar kampung, kantin sekolah dan kedai runcit.

Perniagaan itu terus berkembang dan kesibukan menguruskan perniagaan berseorangan memaksanya menggaji dua orang pembantu dan membuat jadual penghantaran apabila 300 buah kedai runcit mula menerima kuih bangkit kelapa buatannya. Walaupun masih bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Banting, Siti Noraini tidak melepaskan peluang menghadiri kursus keusahawanan anjuran pelbagai jabatan kerajaan. Beliau mahu mendalami aspek perniagaan dan keusahawan termasuk pemasaran dan perhubungan dengan pelanggan sebelum pergi lebih jauh.

Setelah enam tahun bekerja dan perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, Siti Noraini mengambil keputusan nekad meletakkan jawatan.

“Ketika itu saya mengembangkan perniagaan dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kerepek serta menjual produk usahawan lain,” katanya.

Berkat kegigihan dan kesungguhan membangunkan perniagaannya, dia sudah mula melihat bibit  kejayaan.
Sejak penglibatannya dalam IKS, Siti Noraini menerima pelbagai anugerah seperti Peladang Jaya, Tokoh Usahawan Wanita Selangor dan Belia Jaya. Malah, usahanya menarik minat pelbagai agensi kerajaan yang tampil memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk selain khidmat nasihat.

Sentiasa mengingati arwah ibunya dalam kejayaan yang dikecapi, Siti Noraini yakin segala kejayaan berkat doa ibunya. Dalam pada itu Siti Noraini sentiasa menanamkan pelbagai impian seperti kerepek di dalam kanister ketika usianya 35 tahun.

“Alhamdulillah saya mencapai sasaran yang saya tetapkan sendiri,” katanya.

Permintaan kerepek ubi, pisang tanduk dan keledek yang semakin menggalakkan menyebabkan Siti Noraini memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak. Malah pada masa yang sama, seorang usahawan dari Australia berminat untuk memasarkan kerepeknya ke Australia dan New Zealand.  Selain negara berkenaan Siti Noraini juga telah berjaya menghantar produknya ke Hong Kong, Jakarta dan Singapura.  Selepas musim perayaan, Siti Noraini akan menerbangkan kerepeknya ke Filipina yang mempunyai pasaran yang lebih besar.

“Masalahnya bagi pasaran luar negara, kami perlu memastikan kualiti dan kapasiti produk yang konsisten setiap kali penghantaran. Misalnya bagi ke Australia saja saya perlu menghantar kerepek ubi bagi memenuhi hampir satu kontena sepanjang 20 kaki,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah terutama dari luar negara, Siti Noraini perlu berubah daripada peralatan menggoreng manual ke separa automatik. 

“Ini bagi mempercepatkan lagi proses penghasilan produk tetapi saya tidak boleh berkompromi dengan kualiti produk yang saya hasilkan,” katanya.

Selain menerima tempahan, Siti Noraini juga membawa produknya ke ekspo-ekspo seluruh negara dan antarabangsa anjuran agensi kerajaan. Buat masa ini produk IKS Siti Noraini dengan jenama Ani Biskut boleh didapati di K-Shoppe Bukit Kapar dan Jalan Istana Lama, Kampung Jawa, Kelang. Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk IKS Siti Noraini boleh menghubungi beliau di 019-373 4735 atau 03-3148 1088 atau emel: ani_biskut@yahoo.com.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rozaini Binti Salleh

Ambang Dorongan Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 15 Julai 1996 di Gurun Kedah. ADSB adalah dalam perniagaan pembuatan dan pengedaran hidangan tempatan beku menggunakan resipi tradisional yang sahih yang telah diturunkan ke atas generasi. Semua produk ADSB sedang dihasilkan menggunakan negeri yang terkini jentera seni dalam persekitaran yang bersih dan bersih. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam pakej yang menarik dan tahan lama dan dijual di bawah nama jenama "Nani."

Baru-baru ini saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai paparan usahawan berjaya dalam bidang makanan sejuk beku atau lebih dikenali oleh masyarakat kita sebagai 'Frozen Food' iaitu Nani's Frozen Food. Pada saya amat menarik sekali mengikuti perkembangan usahawan-usahawan yang telah mencipta nama dalam dunia perniagaan di dalam negara mahupun yang telah sampai ke peringkat antarabangsa. Walaupun bukan saya yang mengecapi kejayaan tersebut namun saya begitu bangga dengan pencapaian usahawan-usahawan ini.

Nani's Frozen Food merupakan syarikat 100% bumiputera yang telah diusahakan oleh Pn. Rozaini binti Salleh. Syarikat ini ditubuhkan pada 15 Julai 2006 dan dikenali sebagai Ambang Dorongan Sdn Bhd. Kilangnya terletak di Gurun, Kedah Darul Aman. Begitu tabah Pn. Rozaini selama 2 tahun dapat mencapai kejayaan seperti hari ini.

Yang paling menarik sekali pada saya ialah produk makanan sejuk beku yang diusahakan oleh syarikat ini ialah kuih-muih tradisional orang Malaysia. Bayangkan kuih karipap, donut, cucur badak, apam, onde-onde, samosa dan pelbagai lagi telah disejuk bekukan untuk kemudahan pemakan-pemakan macam kita ni. Mungkin kita ni ada yang tak pernah tahu macam mana nak buat kuih-muih ini. Jadi dengan adanya kuih-muih tradisional sejuk beku ini, maka memudahkan kita untuk menyediakannya walaupun diwaktu-waktu yang tidak diduga seperti tiba-tiba saudara-mara datang malam-malam, keluarga mentua datang petang-petang, bolehlah kita menyeduakan kuih-muih ini dengan pantas. Tidak perlu lagi uli tepung, campur serbuk penaik, perah santan dsb.. Sedap pun sedap. Yang penting anda perlulah memenuhkan peti sejuk anda (freezer) dengan produk frozen food ni. Kepada sesiapa yang rasa malas nak pergi beli di pasaraya2, anda boleh ber'shopping' produk ini melalui online. Menarik bukan? Cuma pergi melawat di laman web syarikat ini dan buatlah order terus dengan memilih produk yang anda mahukan. Produk ini telah sampai ke pasaran luar negara..Maklumat lanjut tentang syarikat ini bolehlah melawat laman webnya melalui link ini. ~Nani's Frozen Food~

Sumber:




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sharifah Zainab Syed Zamri


                                 SHARIFAH Zainab Syed Zamri bersama kek lapis yang sering mendapat permintaan pelanggan.



MURAH, sedap, berkualiti dan boleh rasa dahulu, itulah ciri utama yang diamalkan oleh pemilik Shariz Delight, Sharifah Zainab Syed Zamri, 39. Sepuluh tahun bergelumang dalam dunia pengeluaran dan penjualan makanan, sudah cukup baginya mengetahui rahsia untuk berjaya dalam bidang tersebut.

Sumber:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS